Outlook.com Catat 1 Juta Pengguna Dalam Masa 6 Jam

Posted by Wanabe PJ on Thursday, August 2, 2012


Microsoft yang baru melancarkan perkhidmatan e-mel terbaru mereka iaitu Outlook.com, yang telah direka bagi menggantikan perkhidmatan email Hotmail yang sedia ada telah mendapat reaksi positif daripada pengguna seluruh dunia.

Hal ini dapat dilihat apabila Outlook.com telah mencatat 1 juta pengguna dalam masa 6 enam sahaja. Bilangan ini akan terus meningkat apabila beratus-ratus juta pengguna Hotmail dijangka akan berhijrah ke email Outlook yang terbaru ini.

Ia akan menjadi lebih menarik untuk dilihat jika Outlook.com menjadi popular dan sama ada Microsoft akan dapat meyakinkan pengguna sedia ada mereka untuk berhijrah ke perkhidmatan baru.

Wow! makin mendapat sambutan hangat Outlook.com ini. Jika dilihat secara ringkasnya juga, terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang ada pada Outlook berbanding email email Hotmail terdahulu. Ianya dilihat lebih mesra pengguna. Apa-apa pun ianya bergantung kepada pengguna sama ada mahu menukar dan berhijrah ke email Outlook yang baru.


{ 2 comments... read them below or add one }

Denaihati said...

hebat sambutannya macam tu. menarik dan harus dicuba.

Wanabe PJ said...

betul tue..harus mencuba..nmpak mcm menarik dgn outlook.com baru ni..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...