Baskin-Robbins Free Jika Datuk Lee Chong Wei Menang Emas

Posted by Wanabe PJ on Saturday, August 4, 2012


Datuk Lee Chong Wei akhirnya berjaya melangkah ke final badminton Olimpik London setelah berjaya mengalahkan pemain dari China, Cheng Long pada peringkat separuh akhir dengan kemenangan straight set 21-13 dan 21-14. Final yang akan berlangsung pada hari Ahad ini akan menemukan Datuk Lee Chong Wei yang merupakan pemain pilihan utama dengan pemain China yang merupakan musuh utama beliau iaitu Lin Dan yang berjaya menewaskan Lee Hyun Il dari Korea Selatan.

Oleh itu, ada berita gembira untuk kita semua apabila Baskin-Robbins akan memberikan aiskrim secara percuma di seluruh negara jika Datuk Lee Chong Wei berjaya membawa pulang dan memenagi pingat emas Olimpik London

Aiskrim Baskin-Robbins percuma jika Malaysia kutip emas Olimpik.
KUALA LUMPUR – Sekiranya Malaysia memenangi pingat emas pertamanya di kejohanan Olimpik London 2012, Baskin-Robbins, yang menyokong inisiatif “Impian Emas” Media Prima Bhd akan memberikan aiskrim percuma di seluruh negara.
Aiskrim itu akan tersedia pada 8 Ogos di semua 61 kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh negara (tidak termasuk dua kiosk di Pantai Hospital di Bangsar dan Taman Tema Genting) bermula 8 malam hingga 10 malam.
Setiap orang layak mendapat satu skup aiskrim.
“Menjadi hasrat Media Prima untuk menyatukan rakyat Malaysia dalam satu suara bagi menyorak jagoan Olimpik kita,” kata Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Media Prima.
“Sekiranya Malaysia meraih pingat emas Olimpik pertama kita, cara terbaik untuk meraikannya adalah dengan menjamu semua rakyat Malaysia dengan aiskrim percuma. Bukan sebarang aiskrim, tetapi antara aiskrim yang paling sedap di dunia.
“Kami mahu berkongsi visi yang sama dengan Baskin-Robbins dan kami mahu mengucapkan terima kasih kepada mereka di atas perkongsian hebat mereka dalam inisiatif ini di bawah Impian Emas Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ini merupakan kali pertama Baskin-Robbins menyertai aktiviti sedemikian di Malaysia bagi meraikan saat bersejarah seumpama itu di negara ini.

“Kami mahu kegembiraan sentiasa berterusan. Pengunjung awal yang datang ke acara kami itu bukan sahaja mendapat skup aiskrim percuma tetapi juga baucar eksklusif menawarkan tawaran paling menarik,” kata Cheah See Yeong, Presiden Golden Scoop Sdn Bhd, rakan kongsi Baskin-Robbins di Malaysia.
“Ini akan menjadi satu daripada sumbangan terbesar kami setakat ini kerana ia melibatkan hampir semua kedai aiskrim Baskin-Robbins di seluruh Malaysia.
Pelanggan boleh memilih daripada mana-mana 31 perisa kami yang tersedia di kedai kami.

“Pilihan terbaik yang melambangkan detik penting ini ialah perisa Gold Medal Ribbon dan World Class Chocolate kami.
“Kami mahu semua rakyat Malaysia menikmati kejayaan manis ini dan cara yang terbaik adalah berkongsi peristiwa bersejarah ini bersama-sama menerusi skup aiskrim Baskin-Robbins pilihan Malaysia.
“Ini merupakan saat yang menggembirakan dan kami mahu setiap orang dan setiap rakyat Malaysia meraikannya,” kata Cheah. – Bernama

Credit to: Ceritawan.com

{ 10 comments... read them below or add one }

Zayani Zulkiffli said...

wahh~ harap2 die menang :)

Unknown said...

thx infonya gan....artikel sangat bermanfaat...

kunjungi juga blog saya http://famz96.blogspot.com

Wanabe PJ said...

mari kita sama2 berdoa..:)

budak felda said...

huh biar betul hehehe...:) mau semua rakyat kena kencing manis hehehe

Wanabe PJ said...

hahaha..pape pn kita tgk esok..klu DLCW menang kita g serang 8 Ogos ni..hehehe..

Adam said...

Goodluck LCW. Malaysian punya sokongan dibalas ais krim. Sedap tuu.

Wanabe PJ said...

aiskrim mahal dan sedap tue..beli pun sekali sekala..hehehehe

Denaihati said...

malaysia boleh, Dato LCW boleh. mudahan i emas untuk malaysia

Wanabe PJ said...

mudah2 bro..hrp perlawanan akhir kali ni lebih menarik ditonjolkan dari DLCW dan seterusnya memenangi emas untuk Malaysia..yakin boleh!

Unknown said...

Lee chong wei tetap juara ..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...