Facebook Mempunyai Lebih 83 Juta Akaun Palsu

Posted by Wanabe PJ on Sunday, August 5, 2012


Rangkaian sosial terbesar di dunia, Facebook kini menghampiri 1 bilion pengguna iaitu mempunyai 955,000,000 akaun berdaftar di seluruh dunia. Namun begitu, jumlah itu tidak mencerminkan semua akaun pengguna tersebut adalah benar.
 
Terbaru, Facebook telah mengeluarkan kenyataan bahawa kira-kira 8.7 peratus daripada jumlah akaun adalah palsu. Sebanyak 4.8 peratus jumlah akaun yang didaftarkan adalah disebabkan akaun atau profil pendua yang telah dibuat. 2.4 peratus daripada akaun pula adalah terdiri daripada akaun pengguna yang tidak dikelaskan iaitu terdiri daripada profil peribadi untuk perniagaan atau haiwan kesayangan, dan baki kira-kira 1.5 peratus daripada akaun pengguna pula terdiri daripada spammers.

Wow! Banyak tu akaun palsu dan tidak sah telah dibuat. Tetapi bagi saya ianya tidaklah mustahil dan pelik kerana Facebook kini banyak digunakan oleh pengguna sebagai medium untuk mempromosi dan memulakan perniagaan mereka. 


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...