Jadual Perlawanan Akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012

Posted by Wanabe PJ on Sunday, August 5, 2012


Pemain peseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei akan turun beraksi esok pada perlawanan akhir badminton Sukan Olimpik London 2012 menentang musuh utama beliau dari China, Lin Dan dalam penentuan pingat emas. Sementara itu, pasangan beregu negara Koo Kien Keat/Tan Boon Heong akan turun menentang beregu dari Korea Sekatan, Chung JS / Lee YD dalam penentuan pingat gangsa.

Berikut adalah Jadual dan Siaran Langsung Perlawanan Akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012.

Perseorangan Lelaki (Gold Medal)
Lee Chong Wei vs Lin Dan
Tarikh: Ahad (5 Ogos 2012)
Masa: 8.00 malam (Live TV1 dan Astro Arena 801)
Tempat: Wembley Arena

Beregu Lelaki (Bronze Medal)
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong vs Chung JS / Lee YD
Tarikh: Ahad (5 Ogos 2012) 
Masa: 5.00 petang
Tempat: Wembley Arena


Mari kita sama-sama doakan kejayaan Datuk Lee Chong Wei dan kontinjen badminton negara dalam usaha merangkul pingat emas pertama negara. Amin..


Keputusan Penuh Perlawanan Akhir Badminton Sukan Olimpik London 2012
Lee Chong Wei Kk Lin Dan
21-15, 21-10, 21-19

Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya merangkul pingat perak untuk negara pada temasya Sukan Olimpik London 2012. Datuk Lee Chong Wei berjaya mengheret perlawanan tersebut sehingga ke perlawanan rubber set sebelum tewas di tangan Lin Dan. Sesungguhnya anda adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik dalam atlet kontinjen Malaysia. Tahniah!

Lepas ini kita tunggu acara pecut dari Azizulhasni Awang yang bertemu dengan pemegang rekod Olimpik Kenny Jason. Semoga Azizulhasni Awang dapat meneruskan keceriaan dalam kontinjen Malaysia seterusnya menghadirkan sebutir lagi pingat untuk negara.

{ 5 comments... read them below or add one }

akubiomed said...

Tanniah kepada Datul Lee Chong Wei walaupun tewas kepada Super Dan untuk pingat Perak pertama Sukan Olimpik London 2012.

Wanabe PJ said...

perlawanan yang sangat mendebarkan..aku pun tak senang duduk..rasa nak tutup je tv tadi..hehehe..

Denaihati said...

gamesnya memang puashati, Dato dah berusaha gila2, n nasib tak menyebelahi beliau

Wanabe PJ said...

betul tue bro..game smlm mmg terbaik..suspen bila tgk..hahaha..

maddoxquadri said...

How to make a real money casino | DRMCD
I'm thinking 구미 출장안마 of making a money casino from scratch. I 제주도 출장샵 don't want to risk $50 to win the jackpot, 강원도 출장마사지 but for now I am trying to get a free bonus to 김천 출장샵 play the games for 포천 출장샵 free.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...