Yahoo Mengesahkan 400K Akaun Pengguna Telah Digodam

Posted by Wanabe PJ on Friday, July 13, 2012


Pihak Yahoo pagi ini telah mengesahkan bahawa sekumpulan penggodam telah melepasi sekatan pasukan keselamatan Yahoo serta  mendedahkan dan menghantar kata laluan 400,000 akaun pengguna dalam talian. Pendedahan ini diiringi oleh satu nota yang memberi amaran kepada Yahoo dan laman sesawang yang lain untuk memikirkan semula langkah-langkah keselamatan mereka. Sementara itu, Yahoo telah menyatakan bahawa mereka sedang menyiasat perkara itu dan sememangnya mereka menggalakkan semua orang di dalam rangkaian mereka untuk menukar kata laluan mereka dengan kerap dan serta merta selepas itu untuk mengekalkan privasi bagi semua akaun mereka.

Nota pertama yang dihantar hari ini telah dibuat oleh kumpulan hacker yang bertanggungjawab bagi kejadian itu, yang memberitahu Yahoo bahawa mereka tidak bermaksud untuk menyebabkan organisasi sebarang kemudaratan, tetapi yang mereka berharap Yahoo dapat mengambil tindakan dalam bentuk keselamatan dengan langkah-langkah yang lebih tinggi pada masa hadapan. Nota tersebut berbunyi:

   “We hope that the parties responsible for managing the security of this subdomain will take this as a wake-up call, and not as a threat. There have been many security holes exploited in Web servers belonging to Yahoo! Inc. that have caused far greater damage than our disclosure. Please do not take them lightly.” – Anon


Dengan pendedahan nota ini ianya akan menjadi satu peringatan untuk semua orang di luar sana yang membaca pos ini untuk menukar kata laluan mereka daripada kata laluan yang bodoh seperti "password123" kepada sesuatu yang sedikit yang lebih mencabar seperti "donot8pickthis9!" Dengan cara ini anda akan menjadi sedikit
lebih selamat.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...