Google Nexus 7 Dikeluarkan Esok?

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, July 11, 2012

 
Google Nexus 7 mungkin akan diedarkan di semua stor secepat yang mungkin iaitu esok jika dokumen yang ditunjukkan di bawah adalah benar dan boleh dipercayai.
 
Merujuk kepada senarai stok yang dikeluarkan oleh Pejabat Depot bagi cawangan stor Amerika Syarikat, ianya mendakwa bahawa Google Nexus 7 16GB akan tiba di 341 lokasi stor pada hari Khamis 12 Julai ini.

 
Google juga dilihat telah mengemaskini anggaran masa penghantaran untuk Google Nexus 7 di Play Store, iaitu berubah dari 3-4 minggu ketersediaan kepada 1-2 minggu sahaja.

Wow! nampaknya Google sudah tidak sabar untuk mengeluarkan produk mereka ini. So, mari kita sama-sama nantikan. 

{ 3 comments... read them below or add one }

Fakhruddin said...

kalau murah boleh angkut sebjik ni..

Kekzamanis said...

Wow! Marvelous! ^o^

Wanabe PJ said...

boleh jek..tp tuela skg ni byk sgt tablet kuar..xtau mana satu yang terbaik..kena pandai memilih..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...