Microsoft Office 2013 Akan Diumumkan Pada 16 Julai Ini?

Posted by Wanabe PJ on Saturday, July 14, 2012


Terdapat desas-desus mengatakan bahawa Microsoft Office 2013 akan diperkenalkan tidak lama lagi. Menurut USA Today, yang mendakwa bahawa Microsoft akan memperkenalkan Microsoft Office 2013 kepada awam pada minggu hadapan iaitu pada 16 Julai ini. Sebelum itu, secara dalamannya, projek ini telah dikenali sebagai Office 15.

Tidak terdapat sumber yang dipetik dalam khabar angin ini. Versi baru Microsoft Office 2013 merupakan urusan jual beli terbesar bagi gergasi perisian. Microsoft telah membuat satu jumlah hasil yang besar untuk Microsoft Office 2013 ini.

Versi beta Microsoft Office 2013 sebelum ini telah tersebar di dalam talian dan tidak dinafikan bahawa beberapa rakan Microsoft telah menggunakan perisian ini untuk percubaan sementara waktu. Microsoft Office 2013 dijangka dilancarkan menjelang akhir tahun 2012. Windows 8 dijangka pada bulan Oktober.

So, mari kita sama-sama nantikan kemunculan Microsoft Office 2013 yang terbaru ini.


Sumber

{ 3 comments... read them below or add one }

Geng Borak said...

skarang dah lepas 16 julai.. ada apa2 news mic office nih? :)

tehr said...

wah, aku baru je mula berjinak2 dengan office 2007

Wanabe PJ said...

bro kid, blum lepas lagi..kt US masih 16hb lagi..dgr cite ada berita terbaru lewat ptg nnt waktu tempatan sana..:)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...