Microsoft Office 2013 Diumumkan

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, July 17, 2012

Microsoft hari ini secara rasminya mengumumkan Microsoft Office 2013 terbaru mereka sepertimana yang digembar-gemburkan sebelum ini. Wakil Microsoft, Steve Ballmer dan Koenigsbauer Kirk telah mengambil tempat berucap pada sidang akhbar yang diadakan di San Francisco pada hari ini untuk memperkenalkan versi ke-15 Microsoft Office.

Namun begitu, Microsoft Office 2013 yang terbaru ini tidak akan menyokong sistem operasi Windows XP dan juga Windows Vista. Ianya hanya akan menyokong sistem operasi Windows 7 dan Windows 8 sahaja. Hal ini kerana Microsoft Office 2010 telah menyediakan sokongan untuk kedua-dua Windows XP dan Windows Vista.

Microsoft Office 2013 juga akan menggugurkan sistem operasi lama dengan memberi sentuhan UI yang baru,cloud dan fungsi sosial yang boleh didapati melalui langganan Office 365.
Pratonton teknikal menunjukkan lebih banyak aplikasi dan ciri-ciri anda akan perolehi daripada versi Office 2013 ini. Antaranya adalah Word, Excel, Outlook, PowerPoint, OneNote, Access, Publisher, InfoPath dan Lync serta ditambah versi Metro OneNote dan Lync.
 
Microsoft Office 2013 ini dijangka akan dikeluarkan pada awal tahun 2013.


{ 2 comments... read them below or add one }

MrJocko said...

mrjocko pakai Microsoft Office 2007 jer,,, :(

Wanabe PJ said...

samala ngan kita..hahaha..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...