Microsoft Office Untuk iPad Dilancarkan Pada 10 November ini

Posted by Wanabe PJ on Friday, June 1, 2012

Sepertimana khabar angin yang dikeluarkan sebelum ini, pihak Microsoft akhirnya akan melancarkan Microsoft Office untuk iPad pada 10 November hujung tahun ini.

Menurut The Daily, applikasi Office Mobile ini telah berjaya disiapkan oleh pasukan pembangunan Microsoft pada bulan lepas namun peringkat terakhir kini hanya menunggu keputusan dan penilaian daripada pasukan kebolehgunaan untuk menilai dan memberi cadangan jika terdapat perubahan yang perlu dilakukan lagi.
Selepas mendapat kelulusan daripada pasukan tersebut, aplikasi akan dihantar kepada Apple untuk kelulusan stor aplikasi dan akan mengambil masa beberapa minggu.

Wow, lepas ini pengguna iPad seluruh dunia boleh lah buat assignment guna iPad. Maka makin kuranglah orang yang akan menggunakan laptop hadir ke kuliah atau mesyuarat untuk mengambil nota dan minit mesyuarat.













{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...