Sony Lancar Xperia Go dan Xperia Acro S

Posted by Wanabe PJ on Thursday, May 31, 2012

Sejajar dengan perkembangan dan pelancaran model telefon pintar terbaru daripada pelbagai syarikat pengeluar alat telekomunikasi seperti Samsung, Apple serta HTC, pihak Sony semalam telah melancarkan dua lagi model smartphone Android untuk Xperia terbaru iaitu Sony Xperia Go dan juga Sony Xperia Acro S

Terdapat perbezaan bagi kedua-dua model Xperia ini di mana Sony Xperia Go ini didatangkan dengan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread. Namun begitu, ianya bakal dikemas kini dengan Android Ice Cream Sandwich 4.0 sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak Sony. Selain itu, antara ciri-ciri lain yang terdapat pada Sony Xperia Go ini adalah ianya mempunyai paparan Reality Display berukuran 3.5 inci dengan Sony’s Mobile BRAVIA Engine, dan dijana oleh 1GHz pemproses dual core serta dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel. Model Xperia Go ini telah direka untuk menjadi telefon pintar yang lasak, kalis air dan debu serta mematuhi rating IP67. Model Xperia Go didatangkan dengan tiga warna iaitu hitam, putih dan kuning.

Bagi model Sony Xperia Acro S pula ianya didatangkan dengan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Ianya mempunyai Realiti Paparan HD berukuran 4.3 inci dengan resolusi 1280 x 720 piksel, dijana oleh 1.5GHz pemproses dual core dan juga tahan air dan bukti habuk mengikut standard IP55 dan IP57. Sony Xperia Acro S didatangkan dengan dua kamera, kamera di hadapan 720p HD untuk sembang video manakala kamera di belakang 12 megapiksel untuk gambar dan video. Model ini didatangkan dengan Sony NFC yang berasaskan teknologi SmartTAG serta terdapat tiga warna pilihan iaitu hitam, putih dan pink.

Sony Xperia Go akan dilancarkan di Eropah dalam suku ketiga 2012, dan akan dilancarkan di Amerika Syarikat di bawah nama yang berbeza iaitu Sony Xperia Advance. Manakala bagi model Sony Xperia Acro S
tiada butir-butir mengenai harga atau tarikh ianya akan dikeluar lagi.


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...