Microsoft Keluarkan Kemaskini Terbaru Bagi Menentang Virus Flame

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, June 5, 2012

 
Microsoft akhirnya telah mengeluarkan amaran keselamatan dan kemaskini kecemasan pada hujung minggu yang lalu bagi membetulkan kecacatan serius yang berlaku pada sistem operasi Windows yang telah mengakibatkan sistem operasi tersebut dieksploitasi oleh serangan virus Flame bulan lepas. Sepertimana yang kita ketahui virus Flame ini adalah sejenis virus yang rumit dan sangat canggih. Ianya telah digunakan dalam mensasarkan serangan yang ingin dibuat dan hasilnya, kebanyakan pelanggan tidak mempunyai risiko. Walau bagaimanapun, kaedah yang sama boleh dieksploitasi oleh penyerang yang kurang canggih dalam melaksanakan serangan yang lebih meluas.

Dalam penyelidikan kaedah yang digunakan oleh virus atau malware Flame ini, pihak Microsoft mendapati bahawa serangan tersebut mengeksploitasi Terminal Server Licensing Service, yang telah menggunakan algoritma kriptografi yang lama. Ia membenarkan sebahagian daripada malware ditandatangani oleh sijil yang membuatkan mereka kelihatan seperti dihasilkan atau dikeluarkan oleh Microsoft.

Microsoft telah menyelesaikan isu tersebut dengan mengeluarkan kemas kini terbaru yang menghalang segala perisian yang ditandatangani oleh sijil-sijil tanpa kebenaran ini dan syarikat juga menamatkan
Terminal Server Licensing Service daripada mengeluarkan sebarang sijil terbaru. 

Untuk keterangan dan maklumat lebih lanjut boleh pergi ke laman web ini.


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...