Samsung Galaxy S III Catat 9 Juta Pra-Pesanan Di Seluruh Dunia

Posted by Wanabe PJ on Saturday, May 19, 2012


Samsung Galaxy S III yang baru dilancarkan pada awal bulan ini bakal menjadi telefon pintar paling popular dan mendapat sambutan hangat berbanding model sebelumnya iaitu Samsung Galaxy S II.

Menurut laporan terkini dari Korea Economic Daily, yang telah berhubung dengan wakil Samsung, dilaporkan pihak Samsung telah menerima sambutan hangat lebih daripada 9 juta pra-pesanan di seluruh dunia bagi model Samsung Galaxy III. Suatu jumlah dan permintaan yang luar biasa daripada peminat dan pengguna telefon pintar Samsung di seluruh dunia.

9 juta pra-pesanan yang telah ditempah termasuk semua peranti pada lebih daripada 290 pembawa di lebih 145 buah negara pastinya merupakan satu jumlah yang hebat dan terbesar pernah dicapai oleh Samsung. Tidak mustahil jika dikatakan bahawa Samsung Galaxy S III mungkin akan berakhir sebagai telefon pintar Android yang paling popular dan terbaik daripada Samsung pada tahun ini.

Samsung Galaxy S III terbaru ini akan mula dijual di UK dan Eropah pada 29 Mei ini dan akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain pada bulan depan

Wah, tak sabar nak tunggu model Samsung Galaxy S III ini masuk pasaran Malaysia. Kompom meletup punya. Hehehe..


{ 2 comments... read them below or add one }

Fakhruddin said...

aik..henset x cantik macam ni pun ramai yang nk?
pelik~~

Wanabe PJ said...

hahaha..org plih yg canggih jek..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...