Facebook Lancar Aplikasi Pages Manager Untuk iPhone

Posted by Wanabe PJ on Saturday, May 19, 2012


Facebook telah melancarkan satu aplikasi baru untuk iPhone yang dipanggil Page Manager. Aplikasi terbaru ini telah direka untuk membantu pengguna menguruskan laman Facebook mereka

Aplikasi Page Manager ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan aplikasi standard Facebook, cuma perbezaan utama adalah ia merangkumi semua ciri-ciri termasuk Facebook fan pages.
 
Aplikasi Page Manager ini juga lebih tertumpu kepada mereka yang ingin mengekalkan halaman Facebook mereka untuk kegunaan perniagaan, peribadi, atau atas sebab-sebab lain dan memberikan akses kepada segala macam perkara yang akan membantu anda mengurus dan menjejak halaman anda.

Aplikasi ini telah dikeluarkan di New Zealand terlebih dahulu dan diikuti di Amerika Syarikat dan Eropah tidak lama lagi. Nampaknya Facebook telah mempelbagai aplikasi mereka untuk kawalan yang lebih mantap dan tersusun untuk pengguna mereka.


{ 1 comments... read them below or add one }

Fakhruddin said...

bagus lah macamni...
senang sikit nak update status ke page FB..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...