Angry Birds Heikki Akan Dilancarkan 18 Jun

Posted by Wanabe PJ on Sunday, May 20, 2012


Syarikat Rovio telah mengumumkan hari ini bahawa versi Angry Birds terbaru iaitu Angry Birds Heikki akan dilancarkan pada 18 Jun depan. Rovio mengatakan bahawa Angry Birds Heikki kali ini berbeza dengan versi Angry Birds sebelum ini iaitu akan menampilkan tema berasaskan perlumbaan.

Perkongsian antara Rovio dan Heikki Kovalainen akan mewujudkan satu landasan dan kerjasama baru bagi barang dagangan untuk kedua-dua belah pihak.

Sebelum ini, pihak Rovio telah mengumumkan francais Angry Birds telah mencatat satu bilion muat turun daripada peminat dan pengguna di seluruh dunia sejak ianya dilancarkan pada tahun 2009. Pihak Rovio juga baru-baru ini telah mendapat hak IP Casey’s Contraptions, dan akan membangunkan semula permainan dengan tahap yang baru dan lebih berseni serta manghasilkan semula permainan sama seperti permainan Amazing Alex.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...