Syarikat gergasi dunia, Apple akhirnya telah berjaya dalam kes pertikaian mengenai nama domain iPhone5.com, nama yang mungkin akan diberikan untuk model iPhone terbaru akan datang.
Domain tersebut sebelum ini telah digunakan sebagai papan mesej atau forum untuk semua pengguna bagi segala perbincangan yang berkaitan dengan iPhone tetapi tidak bergabung dengan pihak Apple.
Domain tersebut sebelum ini telah digunakan sebagai papan mesej atau forum untuk semua pengguna bagi segala perbincangan yang berkaitan dengan iPhone tetapi tidak bergabung dengan pihak Apple.
Apple telah memfailkan aduan dengan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) untuk mempunyai hak pemilikan terhadap domain iPhone5.com dan dipindahkan kepada mereka pada awal bulan ini. Sebelum ini, syarikat itu telah mendapat hak untuk iPhone4s.com, iPhoneporn4s.com, iphonesex4s.com, iphonexxxforce.com dan domain lain yang digunakan oleh pengendali laman web dewasa. Apple juga memenangi pertikaian bersama WIPO ke atas laman-laman web yang yang menggunakan nama syarikat termasuk applesales.com, appleproductsonline.com, appleipods.com, dan ipods.com.
{ 2 comments... read them below or add one }
mmm..bahaya ni..tak boleh libatkan nama apple.kalau tak, teruk kena ban ngn syarikat diorang..
betul tue..Apple dah sapu bersih utk semua domain yg ada nama dorang..
Post a Comment