Samsung Galaxy SIII Akan Diumumkan Pada 3 Mei 2012

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, April 18, 2012



Selepas berbulan-bulan
khabar angin, kebocoran maklumat, berita yang digembar-gemburkan dan keseronokan yang ditimbulkan daripada pelbagai pihak, Samsung hari ini akhirnya telah mengumumkan bahawa model terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy SIII akan diumumkan di London pada 3 Mei depan.


Jemputan yang bertulis "Come and Meet The Next Galaxy" itu, akan berlangsung di Earls Court, London pada hari Khamis 3 Mei 2012.

Spesifikasi mengenai model Samsung Galaxy SIII terbaru itu masih lagi rahsia. Namun begitu, terdapat petunjuk kuat yang menyatakan setakat ini bahawa model terbaru Samsung Galaxy SIII tersebut akan mempunyai paparan skrin berukuran antara 4.6 inci hingga 4.8 inci dengan Super AMOLED, dikuasakan dengan 1.5GHz quad-core Exynos 4412 processor dan dijana oleh sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.



Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...