Samsung Memfailkan 3 Tanda Perdagangan Untuk Galaxy Baru

Posted by Wanabe PJ on Saturday, April 21, 2012


Pihak Samsung kini telah memfailkan untuk beberapa tanda niaga yang berbeza berkaitan dengan model Galaxy mereka jika telefon pintar dan tablet, dan maklumat yang diperolehi daripada Fusible telah menemui 3 lagi tanda niaga untuk model Galaxy terbaru yang difailkan oleh pihak Samsung.

Pemfailan tanda niaga Galaxy terbaru ini telah direkodkan pada 13 April lalu, dan telah difailkan untuk telefon bimbit, telefon pintar dan juga barangan serta perkhidmatan.

Pemfailan terbaru tersebut adalah untuk Galaxy Metrix, Galaxy Velvet dan Galaxy Legend. Ketiga-tiga tanda niaga ini masih lagi rahsia mengenai apa yang pihak Samsung telah rancang untuk nama-nama baru ini. Namun, apa yang kita boleh jangka, ianya kemungkinan untuk model telefon pintar yang akan ditambah dalam pelbagai model Galaxy mereka.

Wow! pihak Samsung memang dah buat perancangan awal untuk model atau produk mereka. Memang akan beri saingan dan tekanan kepada syarikat-syarikat lain. 



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...