iPad Terbaru Akan Tiba Di 21 Buah Negara Bermula 20 April

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, April 17, 2012



Pihak Apple telah
mengumumkan hari ini bahawa iPad generasi ketiga mereka akan tiba di 21 buah negara tambahan yang bermula pada hari Jumaat, 20 April 2012 ini. Negara pertama yang akan menerima kemasukan iPad terbaru ini adalah negara Korea Selatan, Brunei, Croatia, Cyprus, Republik Dominican, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay dan Venezuela.


Ianya akan diikuti tidak lama selepas itu pada 27 April oleh Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, Afrika Selatan dan Thailand.

iPad terbaru dilancarkan di Eropah dan Amerika Syarikat pada pertengahan bulan Mac yang lalu dan telah mencatat jualan luar biasa iaitu sebanyak 3 juta kurang daripada empat hari.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...