Samsung ChatOn Untuk BlackBerry

Posted by Wanabe PJ on Monday, April 16, 2012




Pihak Samsung kini dilihat sudah bersedia untuk menjadi pengeluar dan penyedia perkhidmatan aplikasi multi-platform messaging terkemuka di dunia dengan melancarkan perkhidmatan ChatOn untuk peranti BlackBerry.

Dilancarkan semula pada bulan Ogos 2011, ChatOn terlebih dahulu dimuatkan ke dalam Samsung Android sendiri dan peranti Bada. Applikasi ChatOn kini bersedia untuk dimuat turun dari Google Play dan Apple App Store dan sehingga kini dikatakan telah dimuat turun lebih 500,000 kali oleh pengguna seluruh dunia melalui Google Play.

Untuk bersaing dan memasuki dalam pasaran yang sudah sesak dengan pelbagai aplikasi yang sudah mempunyai nama-nama besar seperti WhatsApp, iMessage dan BBM, ianya merupakan satu cabaran buat Samsung untuk bekerja keras mengatasi pencabar yang lain jika ia mahu ChatOn menjadi kejayaan besar.

Wow! Memang satu persaingan yang sihat. Pengguna semestinya mahu yang terbaik.



Sumber

{ 1 comments... read them below or add one }

shah said...

hebat la samsung

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...