Virus Trojan SabPub Menyerang Mac

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, April 17, 2012



Firma keselamatan anti-virus terkemuka dunia, Kaspersky Lab hari ini telah mengesan Trojan terbaru dalam Mac yang secara rasminya dikenali sebagai Backdoor.OSX.SabPub.a. Trojan ini adalah virus Trojan yang kedua selepas Trojan Flashback yang telah mengancam lebih 650,000 pengguna Mac minggu lepas.

Seperti Trojan Flashback, virus Trojan Backdoor.OSX.SabPub.a ini juga memasuki Mac melalui Java dan menjangkiti komputer apabila link tertentu diklik dalam e-mel. Namun begitu, virus Trojan SabPub ini mempunyai sasaran khusus.

Virus Trojan SabPub ini lebih kepada virus trojan backdoor klasik, yang membuka akses penuh sistem untuk penggodam. Flashback dan varian yang dikenali adalah Downloader dan bot clickjacking, yang bermakna ianya menjalankan klik penipuan dengan rampasan keputusan enjin carian manusia di dalam pelayar web mereka.

Virus Trojan SabPub ini sebenarnya telah pun dikesan sebelum ini kerana kelemahan dalam Microsoft Word. Sepertimana virus Trojan Flashback sebelum ini menyerang Mac, versi terbaru virus Trojan SabPub ini juga menggunakan Java untuk menyebarkan jangkitan dengan cara yang lebih berkesan

Pakar keselamatan Kaspersky telah menasihatkan pengguna Mac untuk sentiasa mengemaskini dengan patch terbaru dari Apple sebagai penghalang terhadap malware seperti virus Trojan SabPub.

Minggu lepas, syarikat Apple telah mengeluarkan kemaskini terbaru Java untuk membasmi virus Trojan Flashback daripada terus menyerang, dan ianya mungkin akan melakukan perkara yang sama dalam masa terdekat untuk mengatasi virus Trojan SabPub ini juga.

Oleh itu, bagi pengguna Mac semua anda kini sudah tidak selamat untuk tidak dijangkiti virus.


Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...