Gambaran Awal iPhone 1GB RAM daripada Apple.

Posted by Wanabe PJ on Friday, April 13, 2012


Gambar Hiasan

Terdapat maklumat terbaru mengenai iPhone seterusnya yang akan dilancarkan tidak lama lagi oleh pihak Apple. Menurut sumber penulis dari 9to5Mac yang telah ditugaskan untuk mengintip pada kod dalaman IOS, mendapati wujud beberapa petunjuk atau ciri-ciri yang menunjukkan bahawa iPhone seterusnya akan dijana dengan 1GB RAM.

Sasaran Apple adalah untuk menguji versi prototaip iPhone A5X, iaitu cip yang menjana iPad terbaru. Menurut laporan itu, Apple telah menggunakan prototaip iPhone variasi A5X yang diberi nama S5L8945X.

Prototaip iPhone baru ini juga dikatakan akan menampilkan 1GB RAM, sama seperti iPad baru yang dikuasakan oleh A5X. Namun, tiada maklumat rasmi daripada pihak Apple yang akan memperkenalkan dan melancarkan hasil penemuan prototaip ini.


Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...