10 Juta Pra-Pesanan Untuk Samsung Galaxy S III

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, April 3, 2012



Terdapat khabar angin
mengatakan bahawa dijangka lebih 10 juta pra-pesanan telah dibuat untuk model Samsung Galaxy S III.


Pra-pesanan ini telah dibuat oleh operator di seluruh dunia yang menjangkakan penjualan luar biasa bagi model peranti terbaru tersebut. Maklumat ini datang berdasarkan petunjuk yang diberi dari Eldar Murtazin apabila membandingkan peranti Samsung Galaxy Note dan pelabelan yang khusus pada model peranti tersebut.

Pada masa ini, tiada pengumuman mengenai tarikh pelancaran model Samsung Galaxy SIII ini. Namun begitu, dipercayai bahawa SGS3 akan dilancarkan pada akhir bulan ini atau mungkin awal pertengahan Mei. Yang pastinya Samsung Galaxy S III bakal akan menjadi peranti paling hangat bagi tahun 2012 sepertimana model sebelumnya iaitu Galaxy S dan Galaxy S II.


Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...