Tweetdeck Ditutup Sementara Disebabkan Pepijat

Posted by Wanabe PJ on Sunday, April 1, 2012



Semalam perkhidmatan klien Twitter yang popular iaitu Tweetdeck terpaksa dihentikan dan ditutup sementara disebabkan oleh pepijat. Seorang pengguna telah melaporkan pepijat yang diberikan dan terdapat pada TweetDeck telah membolehkan ia akses kepada beribu akaun pengguna Twitter dan Facebook yang lain.


Perkara ini berlaku apabila pengguna tersebut log masuk kepada akaun TweetDeck dan beliau menyedari bahawa akaunnya adalah lebih perlahan daripada biasa dan dia mempunyai akses kepada beratus-ratus akaun pengguna yang lain. Daripada kenyataan tersebut, pengguna itu berkata tidak berbuat apa-apa yang istimewa. Apa yang beliau lakukan hanyalah log masuk dan semuanya boleh dilihat di sana. Pihak Twitter telah mengambil langkah yang cepat dengan menutup akses kepada Tweetdeck sepenuhnya untuk cuba menyelesaikan masalah ini dan ia kini telah kembali dalam talian seperti biasa.

*Wah,mesti seronok dapat akses dan melihat akaun orang lain kan. Hehehe..



Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...