Cara Mudah Mengesan Akaun Facebook Di Hack

Posted by Wanabe PJ on Saturday, January 28, 2012

Di sini ingin dimaklumkan kepada pengguna Facebook bahawa dilaporkan kini akaun pengguna Facebook telah di hack dengan teruknya oleh para penggodam yang tidak bertanggungjawab. Hal ini disebabkan orang ramai kebanyakan terus klik pada Link Spam. Sepertimana yang kita ketahui kebanyakan penggodam atau Hackers ini akan cuba untuk mengeksploitasi orang ramai dengan menggunakan pelbagai cara seperti link Pornografi, imej Keganasan atau mesej yang tidak sepatutnya dan seterusnya merebak seperti virus di dalam akaun pengguna Facebook di seluruh dunia.

Perkara ini berlaku dengan pantas dalam masa beberapa jam dan semua maklumat bocor di tangan Hackers. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan sila berhati-hati dan tidak klik pada mana-mana pautan yang mencurigakan dan tidak berkaitan atau mana-mana kandungan pornografi. Oleh itu, di sini saya ingin berkongsi tips iaitu cara mudah untuk mengesan akaun Facebook anda telah di hacked ataupun tidak.

Antara langkah-langkahnya adalah: -

1) Pergi ke Account Setting

2) Pergi ke tetapan Security

3) Semak Active Sessions




Sekiranya anda terlihat bahawa akaun anda telah dibuka dan diubah dari mana-mana lokasi lain sepertimana rajah di atas, maka sila tukar kata laluan anda dengan segera.


Credit to: techxt.com

{ 4 comments... read them below or add one }

Hans Hanis said...

owh
thanks 4 da info :-)

fuzore said...

noted..

Unknown said...

Selain dr ni ada lg x

Unknown said...

Selain dr ni ada lg x

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...