Senjata Terbaru Anonymous

Posted by Wanabe PJ on Saturday, January 28, 2012




Para aktivis Anonymous menggunakan senjata terbaru iaitu laman web buatan khas yang menghantar permintaan besar-besaran ke domain justice.gov bagi serangan DDoS yang dilancarkan pada hari Khamis ke atas laman web Jabatan Keadilan Amerika Syarikat. Melalui senjata terbaru ini, sekeping JavaScript pendek digunakan dan menyebabkan browser pengguna membanjiri server jabatan kerajaan dengan permintaan HTTP apabila pengguna melawat atau melayari sesebuah laman web.

Serangan itu adalah sebahagian daripada # OpMegaupload, yang dilancarkan oleh aktivis Anonymous berikutan penangkapan Kim Schmitz di New Zealand, iaitu pengasas perkhidmatan Megaupload yang telah ditutup semalam dalam operasi di seluruh dunia oleh pihak berkuasa. Hasil serangan tersebut telah menyebabkan laman web Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah ditutup untuk beberapa tempoh.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...