Aku pun tak berapa paham dengan fenomena sekarang ni. Da jadi macam trendy la lak. Ingatkan budak2 muda je. Kalau budak2 muda dengan fenomena Oakley Frogskins dan G-Shock. Tapi orang2 tua pun ada. Dorang lak demam dengan fenomena Cicak Tokek. Hahaha..
Ianya sejenis cicak, yang semakin mendapat permintaan yg tinggi dan diburu sejak kebelakangan ini kerana dikatakan mempunyai nilai komersial yang cukup lumayan. Hal ini membuatkan segelintir orang merasa taksub sehingga sanggup menggadaikan sejumlah wang ringgit bagi tujuan mendapatkan makhluk tersebut untuk dijual semula. Hebat tak hebatlah. Kebanyakkan Cicak Tokek ini diperolehi di kawasan2 hutan dan pedalaman di utara Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Malah ada di antara yang dapat dari selatan Filipina serta Indonesia. Permintaan yang tinggi untuk cicak Tokek ini adalah disebabkan ia banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Sebagai contoh: Lidah Cicak Tokek ini dikatakan boleh menyembuhkan penyakit AIDS dan darah serta hempedunya boleh menyembuhkan barah. Daging tokek ini juga diura-ura menaikkan nafsu syawat. Eeee ye, nak lak ada orang makan. Kaler cicak pun da coloring. Hahaha..Untuk pengetahuan korang semua harga bagi seekor Cicak Tokek dikatakan boleh mencecah harga di antara RM25,000 hingga RM35,000. Wow! Mahal giler. Leh beli sebijik kete Perodua Viva ler. Patut la ramai orang cari. Kebiasaannya pembeli-pembeli pada akan membeli cicak Tokek yang beratnya sudah melebihi 300 gram.
Tapi menurut sumber dan kenyataan yang terbaru dari WHO, cicak tokek ni mampu mengubati penyakit AIDS/HIV adalah satu pembohongan. Hurm, tapi disebabkan harga yang masih tinggi di pasaran orang ramai masih lagi gila n mencari cicak tokek ni.
{ 3 comments... read them below or add one }
Mmg ramai yg menjadi pemburu cicak tokek..
Harga mmg giler2..
tak kurang juga yg berputih mata kena tipu..
mcm2 hal sampai ada yg meletakkan syarat yg bukan2 kpd pembeli cicak tokek nie..
Harga mahal sapa yg x nak..
Betul atau tidak khasiat yg ada pd cicak tokek nie pun x diketahui
betul tu...ramai orang taksub cari tokek ni skang...masuk hutan malam2 pun sanggup...haha...
tau xpe..pakcik saya sanggup redah masuk hutan cari binatang ni..haih..pelik2..
Post a Comment