Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua satu lagi virus remover tools yang biasa aku gunakan untuk mengatasi serangan virus komputer. Virus remover tools ni dinamakan sebagai ComboFix.
ComboFix ini adalah satu applikasi percuma yang dicipta oleh pihak sUBs dan bertindak sebagai pembasmi spyware, malware atau virus yang sah. Ianya direka bentuk untuk mengimbas, mengesan serta membuang virus, spyware dan malware yang diketahui yang terdapat di dalam sesebuah komputer. Ianya juga merupakan virus/spyware/malware remover tools yang efektif dan berguna berbanding dengan remover tools yang lain. Namun begitu, ComboFix ini bukanlah perisian antivirus sepenuhnya. Ianya lebih bertindak sebagai 3rd party tools. Kebiasaannya ComboFix akan mengeluarkan laporan penilaian setelah scanning selesai dibuat.
Bagi aku ComboFix ni memang virus remover tools yang terbaik penah aku jumpa dan still pakai ke harini. Ianya bukan sahaja bertindak sebagai virus remover tetapi juga dapat repair registry komputer yang telah dirosak atau diubahkan oleh virus/spyware/malware.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment