Wah, cepat betul nak sambut bulan puasa. Rasa cepat je masa nie berlalu. Tup3 dah keluar tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah. Harap ada peluang buat kita semua dari Allah s.w.t untuk menyambut Ramadhan kali ni. Bulan Ramadhan ni la bulan kita nak hapuskan dosa, tambahkan lagi amalan pahala dan ketaqwaan kita kepada Allah. Masa bulan puasa ini la dapat nilai sejauhmana diri kita nie sekarang dalam melawan hawa nafsu. Lagi satu, time bulan puasa ni jugakla kita dapat makan kuih2 yg jarang kita nampak n beli time hari biasa. hehehe..Dapat kumpul semua ahli keluarga, adik beradik masa berbuka. Macam aku lak tahun ni lebih bermakna kerana menyambut bulan Ramadhan dengan kehadiran anak puteri kesayangan. Itula nikmatnya bulan Ramadhan atau bulan umatku yg disebut oleh nabi kesayangan kita, Nabi Muhammad s.a.w.
Harapan Ramadhan (Raihan feat Man Bai)
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment