Barbican Halal Diminum

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, July 26, 2011



Terjawab sudah isu pensijilan halal kepada minuman ringan buah-buahan berperisa malta, Barbican yang mana Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menyatakan bahawa minuman tersebut boleh diminum. Hal ini kerana Majlis tersebut mendapati kandungan alkohol di dalam minuman ringan Barbican adalah kurang daripada 0.01 peratus iaitu berada pada kadar dibenarkan untuk produk akhir sebanyak 0.05 peratus sekaligus tidak mendatangkan kesan yang memabukkan jika diminum. Selain itu, pihak Majlis tersebut berkata makanan atau minuman yang mempunyai dan memperolehi alkohol secara semula jadi seperti buah-buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya hukumnya tidak najis dan ianya boleh dimakan atau diminum.

So, terjawab sudah isu halal Barbican ni. Aku pun takut gak mula2 isu ni sebab da penah layan air ni dulu. Okla rasanya. Sedap. Takde rasa gas dan rasa manis yang melampau macam air2 minuman ringan berkarbonat lain yang dijual di Malaysia ni. Kencing manis dibuatnya.
Sekarang ni orang ramai bolehlah berkunjung ke 7-Eleven dan restoran2 Arab yang lain untuk dapat dan minum Barbican nie tanpa was2. Hehehe..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...