Tiket Malaysia vs Singapura Habis!

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, July 27, 2011



Wah, macam pisang goreng panas tiket perlawanan kedua Malaysia vs Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil esok. Menurut akhbar tempatan tiket sebanyak 85,000 keping da habis dijual di 3 lokasi iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium MBPJ, Kelana Jaya dan Stadium Shah Alam. Mana tidaknya semalam sahaja 60,000 keping tiket da habis. Inikan pula tinggal 25,000 keping yg tinggal arini. Memang harapan la nk dptkan tiket last minit ni. Tengok berita di tv td pun ramai peminat dan penyokong skuad Malaysia pulang hampa kerana kehabisan tiket. Dorang pun tak jangka tiket kbyakan da habis dijual semalam. Memang sekarang peminat bolasepak negara da mula beri sokongan di atas beberapa kejayaan skuad kebangsaan sebelum ni. Diharapkan skuad Rajagobal ni akan memberikan suatu aksi yang terbaik buat peminat2 kerana skuad Singapura yg juga musuh tradisi negara bkn calang2 pasukan yg rata2 dibarisi pemain import dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Apa yg pasti esok merupakan perlawanan yg terhangat dlm sejarah bola sepak negara. Malaysia Boleh!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...