Remove Fake Antivirus

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, June 28, 2011




Salam semua,


Harinie aku nk share satu lg tools yang amat berguna untuk kita yang kebanyakkan menggunakan komputer dalam urusan kerja seharian mahupun peribadi. Tools yang aku nak share kan ini adalah Remove Fake Antivirus. Apakah fake antivirus ini? Ianya adalah jenis malwares virus yang bertindak dan menyamar dirinya sebagai antivirus yang tulen sepertimana antivirus2 yang lain seperti Kaspersky, Norton, McAfee dan sebagainya. Antara senarai fake antivirus ini adalah seperti Antivirus Pro 2010, AVG Antivirus 2011 dan Security Tool. Kebiasaannya fake anitivirus ini akan menjangkiti komputer anda apabila anda tidak sengaja klik link di laman web yang akan memuat turun atau menyalurkan malware ke komputer anda. Ianya akan berjalan secara automatik sejurus PC anda dibuka. Fake antivirus ini juga akan mengimbas komputer yang dijangkiti dan kemudian mengeluarkan amaran berjaga-jaga palsu kepada anda. Ianya bertujuan ingin meyakinkan anda bahawa komputer anda dalam bahaya dan menggesa anda untuk membeli satu salinan tidak berguna daripada fake antivirus dan ini sebenarnya tidak benar dan perlu dibuang serta-merta.




Download

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...