Rahsia Israk Mikraj

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, June 29, 2011




Salam semua,

Ramai yang cukup menantikan kedatangan bulan Rejab iaitu bulan Allah yang cukup mulia ini. Banyak pahala dan keistimewaan yang boleh kita perolehi dalam bulan Rejab ni. Semalam merupakan hari yang bersejarah buat umat Islam seluruh dunia yg mana berlakunya peristiwa yang sangat besar dalam kalender dan sejarah Islam seluruh dunia iaitu peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah.


Apakah itu Israk Mikraj?

  1. Israk: Perjalanan malam Rasulullah saw daripada Masjid al-Haram di Mekah ke Baitul Maqdis di Palestin.
  2. Mikraj: Perjalanan naiknya Rasulullah saw dari Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis menembusi langit ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.


Isra’ & Mikraj menyaksikan kepada kita banyak peristiwa, keajaiban dan hikmah yang berlaku. Antaranya:

  1. Peristiwa Israk Mikraj berlaku selepas Rasulullah saw diuji dengan kematian dua orang yang sangat dikasihi iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua-dua insan yang disayangi semakin bertambah apabila berlakunya penolakan dakwah oleh penduduk Taif. Oleh itu, bagi meredakan tekanan dan kesedihan ini, Nabi telah ‘dihiburkan’ oleh Allah swt dengan Israk dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga Berjaya membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah.
  2. Peristiwa perjalanan Isra’ Rasul pergi dan balik antara Masjidil Haram di Mekah dengan Masjidil Aqsa di Palestin dalam masa semalaman.
  3. Fakta tentang kenderaan buraq (berasal dari perkataan barq yang bererti kilat).
  4. Peristiwa Perhimpunan SELURUH NABI & RASUL di Masjid Aqsa. Rasul Muhammad mengimamkan solat sunat berjamaah. Kedudukan Rasulullah sebagai KETUA rasul-rasul dan nabi-nabi.
  5. Peristiwa Mikraj dan kisah di langit-langit yang 7 serta arasy yang seterusnya.
  6. Peristiwa Ijazah SOLAT kepada Rasul. Satu-satunya Firman yang di terima Rasulullah SECARA TERUS DARI ALLAH tanpa pengantaraan Jibril.
  7. Peristiwa turun naik rasul untuk memohon kepada Allah s.w.t agar dikurangkan JUMLAH SOLAT dari 50 hingga ke 5 kali sehari semalam.
  8. Peristiwa Abu Bakar mendapat gelaran Al-Siddiq atas keikhlasannya tanpa ragu menerima kisah pengalaman rasul ini.

Semoga daripada kisah yang telah diceritakan dan dikongsikan ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita lagi kepada Allah s.w.t. Aminn..

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...