Oppa Gangnam Style Kini Video Klip Paling Popular Di YouTube

Posted by Wanabe PJ on Monday, November 26, 2012


Penyanyi sensasi Korea Selatan iaitu Psy yang terkenal dengan lagu Oppa Gangnam Style telah menjadi video klip yang paling banyak ditonton di YouTube.

Video klip yang terkenal dengan tarian kuda dan catchy itu kini telah mencatat sebanyak 815 juta tontonan sejak ia pertama kali dipertontonkan di YouTube pada bulan Julai lalu.

Oppa Gangnam Style kini merupakan video yang paling disukai di laman perkongsian YouTube telah mengatasi rekod sebelumnya yang dipegang oleh Justin Bieber menerusi lagu Baby, yang mencatat 804 juta tontonan.

Tarian Oppa Gangnam Style telah menjadi mencetus fenomena dan kegilaan di seluruh dunia termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon turut meminati dan menari bersama Psy pada satu pertemuan sebelum ini. Dalam pada itu, video ini turut memenangi Video Terbaik pada Anugerah Muzik MTV Eropah baru-baru ini.

Mungkin dalam beberapa minggu lagi, kita akan melihat video klip Oppa Gangnam Style sebagai video klip pertama di dunia yang mengatasi 1000000000 tontonan
. Wow!


{ 2 comments... read them below or add one }

Gombug said...

Teknologi Android 'bertempur' bersama tentera: Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama 'Army Software Marketplace'... Baca selanjutnya

Abdullah Aydoğdu said...

Add to Site www.TopBacklinks.blogspot.com Free Backlinks 1.000.000 Backlink

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...