iPhone 5 Dan iPad Mini Dijangka Akan Diumumkan Pada 12 September?

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, July 31, 2012


Sepertimana kita ketahui pihak Apple kini dikatakan sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu iPhone 5. Saban hari kita melihat di internet mengenai video dan imej yang dikatakan bakal model iPhone 5 terbaru ini. Namun ianya masih belum dapat dipastikan sepenuhnya. 

Menurut satu laporan baru-baru ini, pihak Apple dijangka akan mengumumkan iPhone 5 pada 12 September ini dan seterusnya boleh dibeli 9 hari selepas pengumuman itu iaitu pada 21 September. Pada masa yang sama juga, menurut sumber terdekat dari iMore, iPad Mini atau iPod Nano baru juga akan diumumkan.

Namun berita ini adalah hanya khabar angin pada masa ini. Kita masih tidak mengetahui tarikh sebenarnya iPhone 5 ini akan dikeluarkan. Tapi ramai yang beranggapan iPhone 5 ini bakal dikeluarkan sekitar penghujung bulan September atau awal bulan Oktober.


{ 3 comments... read them below or add one }

mfadhlan said...

aku mahu iphone 5....tak sabar tunggu feature terbaru iphone..harap2 ada la lain dari yang lama2 tu

Wanabe PJ said...

saya juga..iPhone 5 kali ni mesti lagi terbaik..

lewis.my said...

akhirnya iPhone 5 sudah keluar

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...