Grum Botnet Akhirnya Dimatikan

Posted by Wanabe PJ on Friday, July 20, 2012


Grum, yang merupakan botnet ketiga terbesar di dunia akhirnya telah dimatikan oleh pakar-pakar keselamatan semalam. Pelayan Grum, yang berpengkalan di Rusia, Panama, dan Belanda, telah mengawal sekitar 100,000 PC telah ditutup. Namun begitu, botnets Cutwail dan Lethic yang menduduki tangga ranking pertama dan kedua, masih lagi aktif. Hasil daripada penutupan pelayan telah menyebabkan pengurangan yang dramatik sebanyak 18% spam global. Pada Januari tahun ini, Grum dianggap penjana spam yang paling aktif di dunia.

Pasukan keselamatan mengambil masa selama tiga hari untuk mematikan pelayan Grum ini dan mereka yakin bahawa ia tidak akan boleh berfungsi dan hidup semula untuk selamanya. Hal ini kerana
botnet tidak mempunyai sebarang mekanisme yang akan membolehkan berputar kembali berfungsi sehingga mudah pada masa yang akan datang
 
Walaubagaimana pun, misi ini bukan sesuatu yang mudah kerana 6 pelayan Command and Control (CnC) telah berputar di Ukraine sebagai tindak balas kepada penutupan pelayan di Panama. Akhirnya FireEye Malware Intelligence yang mendapat kerjasama dari ISP Rusia dan pendaftar domain, telah membawa semua pelayan sekali pada hari Rabu. Sebahagian daripada bots masih menghantar spam, tetapi penyelidik percaya lama kelamaan ia akan layu dan mati.


{ 2 comments... read them below or add one }

azwan said...

tak faham apa benda pun.hehe..

Anonymous said...

Here author is giving information on DRDO Tenders
and ICFRE Tenders for more details visit free tenders site.
Or, when we speak of American capitalism, do we mean jobs for our people, medical care for all of us, decent wages and
decent retirements. Hamas itself would believe it can take over
the entire movement, making it more violent against Israel and
aggressive toward other Palestinians", says Barry Rubin in a commentary on UPI. That’s why, while drafting ads for newspapers selling or buying a property, make your USP as your headline. The dishes and ingredients differ slightly from region to region, with each region having their own specialties.

Here is my website: click here

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...