Facebook Akan Atasi Isu Penyelarasan Email Yang Disebabkan Pepijat

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, July 4, 2012


Ramai pengguna Facebook telah kecewa dan tidak setuju selepas perubahan dibuat oleh Facebook kepada paparan alamat e-mel  pada profil Facebook pada beberapa minggu yang lepas. Facebook menyembunyikan semua alamat e-mel pengguna selain daripada alamat the@facebook.com sendiri.
 
Pengguna telah mengadu bahawa alamat e-mel untuk kenalan mereka telah digantikan dengan alamat Facebook. Yang menerima kesan awal daripada perubahan yang dibuat oleh Facebook ini ada pengguna iPhone IOS 6 serta beberapa pengguna BlackBerry dan Android. Facebook telah mengesahkan bahawa isu ini adalah hasil penyelarasan pepijat dan syarikat itu sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut.

Facebook mengatakan bahawa kegagalan e-mel yang dihantar kepada alamat lain yang tidak ditolak ke telefon mudah alih adalah tidak disengajakan dan disebabkan oleh pepijat. Facebook berjanji bahawa masalah penyelarasan pepijat akan diselesaikan secepat yang mungkin iaitu seawal hari ini. Setelah masalah pepijat tersebut diatasi, pengguna akan dapat melihat kembali alamat e-mel utama rakan-rakan mereka.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...