Tidak sampai seminggu selepas tablet Microsoft Surface dilancarkan, syarikat Microsoft sekali lagi hari ini telah mengumumkan secara rasmi Windows Phone 8 yang dahulu dikenali sebagai Apollo di Windows Phone Developer Summit di San Francisco. Windows Phone 8 terbaru ini membawa platform selaras dengan OS mudah alih yang lain
dengan menambah sokongan untuk muti-core processors, resolusi skrin yang
lebih tinggi dan teknologi wireless terbaru seperti komunikasi medan dekat
(NFC).
Windows Phone 8 ini turut menambahkan sokongan untuk kebanyakan ciri-ciri perkakasan yang baru. Antaranya adalah sokongan untuk peranti pelbagai teras, iaitu di kedua-dua platform Android dan IOS.
Windows Phone 8 ini turut dibina dengan Nokia Maps yang menjadi
sebahagian daripada platform mereka. Ianya turut menyokong resolusi
skrin yang lebih baik, termasuk 720p dan 1280 x 768 (WXGA) iaitu lebih baik daripada resolusi skrin 800 x 480 Lumia Nokia 900.
Selain itu, Windows Phone 8 terbaru turut menyokong penyimpanan luaran dalam bentuk kad microSD dan juga sebagai NFC.
Tarikh jangkaan Windows Phone 8 ini akan dikeluarkan masih belum diketahui tetapi ianya dijangka selewat-lewatnya hujung tahun ini.
Wow! memang terbaik.
{ 2 comments... read them below or add one }
Nampak produk Windows kali ini lebih baik terutama fungsi UI yang responsif dan baik.
betul..windows kena lebih maju daripada apple..hehehe..
Post a Comment