Google Maps Terbaru Akan Diperkenalkan Pada 6 Jun

Posted by Wanabe PJ on Monday, June 4, 2012


Pihak Google akan mengumumkan Google Maps terbaru minggu depan, iaitu beberapa hari sebelum Apple dilaporkan akan memperkenalkan sistem pemetaan 3D dalam iOS 6 terbaru mereka sendiri pada 11 Jun di WWDC.


Syarikat enjin carian gergasi tersebut telah menjemput para media untuk acara pada 6 Jun ini di mana ia akan mendedahkan 'dimensi seterusnya' perkhidmatan yang sangat popular ini.


Naib Presiden Google Maps dan Google Earth, Brian McCleendon berkata Google akan menjadi tuan rumah untuk acara tersebut dan menunjukkan pelbagai ciri-ciri baru, yang mungkin ciri pemetaan 3D yang baru. Acara yang akan berlangsung pada hari Rabu ini pukul 5:30 pm (waktu UK), akan menunjukkan ciri-ciri yang akan membantu pengguna dalam menjejaki lokasi yang mereka ingin tujui secara fizikal dan secara maya.


{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

Hi theге just ωаntеd tο give you a quiсk heaԁs
up. The text in уour content sееm to be running off the ѕcreen in
Chrοme. I'm not sure if this is a formatting issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post to let you know.

The design look great though! Hope you get the prοblem fixed soon.
Chеers

Have a look at my wеblog; chatroulette

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...