Microsoft Office Untuk Tablet iOS & Android Tiba November Ini??

Posted by Wanabe PJ on Friday, May 25, 2012


Baru-baru ini terdapat sumber kedua yang boleh dipercayai mendakwa telah melihat perisian Microsoft Office sedang berjalan pada iPad.

Terdapat banyak aplikasi yang hebat sudah ada pada simpanan Application Store dan Google Play yang menggunakan fail Microsoft Office untuk pembukaan dan suntingan, tetapi tidak lama lagi pemilik tablet mungkin dapat mengatasi permasalahan ini.

Menurut laporan daripada BGR, sumber yang boleh dipercayai tersebut mendakwa telah mengesan Microsoft Office yang menjalankan Word, Excel dan Powerpoint sedang giat berjalan pada iPad dan tablet sistem operasi Android tidak terkecuali juga.

Kini khabar angin yang disebarkan beberapa bulan yang lepas tentang kewujudan Microsoft Office untuk iOS ini kembali bertiup kencang selepas terdapat sumber yang mendakwa telah melihat aplikasi yang sukar sedang dalam tindakan. Namun begitu, pihak Microsoft telah menafikan berita kewujudan tersebut dan menyatakan tidak mungkin Microsoft Office boleh berfungsi pada iOS.

Pihak Microsoft dijangka akan melancarkan Microsoft Office bagi kedua-dua versi iOS dan Android pada bulan November tahun ini.

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...