Diablo III Mencatat Jualan Terpantas

Posted by Wanabe PJ on Thursday, May 24, 2012


Permainan Diablo III telah mencatat rekod tersendiri apabila dalam tempoh dalam masa 24 jam pertama sahaja pihak Blizzard telah berjaya menjual sebanyak 3.5 juta salinan di seluruh dunia. Jumlah ini sekaligus menjadikan Diablo III permainan PC paling hangat dan mencatat jualan terpantas di dunia sepanjang masa.
 
Sebagai tambahan kepada 3.5 juta salinan tersebut sebanyak 1.2 juta salinan Diablo III telah dimasukkan dengan WoW Annual Pass, yang menyediakan pelanggan dengan salinan percuma Diablo III.

Permainan PC Diablo III telah dilancarkan pada 15 Mei yang lepas, pada lebih 8,000 peruncit di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Korea Selatan, Asia Tenggara, Australia, New Zealand, dan kawasan Taiwan, Hong Kong, dan Macau.

Wow, memang fenomena game Diablo III ni. Superb! 


{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...