Facebook Menjadi Antivirus Reseller

Posted by Wanabe PJ on Monday, April 30, 2012


Facebook kini telah menjalinkan kerjasama dengan lima syarikat vendor/firma keselamatan untuk menawarkan pelbagai pakej antivirus percuma dan berasaskan langganan kepada pengguna. Firma keselamatan tersebut iaitu Microsoft, McAfee, TrendMicro, Sophos, dan Symantec kini menjadi sebahagian daripada pembekal keselamatan pihak ketiga bagi Facebook dengan menawarkan pelbagai pakej antivirus untuk pengguna Windows dan Mac.

Para vendor/firma keselamatan tersebut telah menjadi sebahagian daripada rangkaian sosial "Keluarga Keselamatan Facebook". Melalui kerjasama ini sedikit sebanyak boleh menjadi punca utama untuk vendor/firma keselamatan yang mana pengguna Facebook kini telah mencecah 900 juta pengguna. Keluarga keselamatan terbaru ini adalah tambahan kepada program anti-scam Facebook.

Facebook mempromosikan produk sebagai "percuma" .Walaubagaimana pun sesetengah vendor/firma keselamatan seperti Symantec Norton dan McAfee bayaran dikenakan selepas 6 bulan percubaan manakala Microsoft Security Essentials untuk Windows dan Sophos'Home Edition' untuk Mac adalah produk percuma. Kebanyakan vendor-vendor yang sudah mempunyai komuniti dan pengikut tersendiri di Facebook ini, telah dijemput untuk menyumbang kepada blog keselamatan Facebook.

Facebook mendakwa bahawa kurang daripada 4 peratus daripada kandungan yang dikongsi pada rangkaian adalah spam manakala 90 peratus e-mel adalah spam. Walaupun pelbagai usaha dan cara telah dibuat untuk mengurangkan spam dan malware dari rangkaian sosial, ternyata para penipu kini telah menemui pelbagai cara baru untuk mengeksploitasi platform. 



{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...