Ciri Keselamatan Apple 10 Tahun Kebelakang Daripada Microsoft

Posted by Wanabe PJ on Monday, April 30, 2012




Pengguna Mac OS X akan datang kini akan berada pada tahap peningkatan daripada ancaman dan serangan malicious software. Hal ini kerana, menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma keselamatan terkemuka dunia, Kaspersky, iaitu Eugene Kaspersky yang juga seorang pengguna Mac OS X berkata ciri keselamatan yang ada pada produk Apple sekarang adalah 10 tahun kebelakang daripada Microsoft.

Berikutan ancaman Flashback baru-baru ini yang telah menyerang lebih 600,000 pengguna Mac, Eugene Kaspersky berkata penjenayah siber akan terus mensasarkan pengguna Mac selepas ini. Selain itu, Eugene Kapersky juga menganggap bahawa sistem operasi Apple iaitu Mac OS X, yang sekian lama dianggap kebal daripada ancaman virus sebenarnya adalah lebih mudah terdedah kepada virus jika dibandingkan dengan sistem operasi Windows.


Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...