300,000 Pengguna Mungkin Kehilangan Akses Internet Julai Ini: FBI

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, April 24, 2012


WASHINGTON: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) hari ini memberi amaran bahawa lebih daripada 300,000 pengguna internet di seluruh dunia mungkin kehilangan akses internet pada bulan Julai ini susulan satu penipuan bernilai jutaan ringgit.

Bagaimanapun, pengguna boleh menarik nafas lega apabila FBI berjaya mencipta langkah penyelesaian yang mana mangsa siber itu hanya perlu melayari dcwg.org, bagi membolehkan mereka menyemak sama ada dijangkiti virus sekali gus menghapuskan sebarang perisian yang mendatangkan ancaman. Terdahulu, enam rakyat Estonia ditahan atas tuduhan penipuan pada November tahun lalu, dua tahun selepas FBI melancarkan Operasi Hantu Klik bagi mengesan kumpulan yang menyerang komputer di seluruh dunia dengan malware “DNS Changer” mereka, yang berfungsi mendedahkan komputer itu kepada virus.

Wah,bahaya ni. Jom kita semak dekat link yang diberi di atas untuk memastikan kita punya pc bebas dari virus sekaligus terhindar dari mangsa jenayah siber ini.



{ 1 comments... read them below or add one }

aidajusoh said...

nice info...boleh la nk check nanti :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...