Playstation 4 Terbaru Diberi Nama Orbis

Posted by Wanabe PJ on Friday, March 30, 2012



Minggu ini terdapat laporan mengatakan
bahawa pihak Sony akan mengeluarkan permainan konsol Sony PlayStation 4 terbaru yang diberi nama Orbis. Konsol Playstation 4 terbaru ini bakal didatangkan dan
dipasang dengan sistem anti-pre-owned apabila ia secara rasminya dilancarkan pada masa musim cuti penghujung tahun 2013.

Sumber-sumber terdekat dengan pembangunan konsol Sony PlayStation 4 terbaru ini telah menghubungi laman web permainan Kotaku untuk mendedahkan beberapa perincian, termasuk codename dan tarikh pelancaran dijangka mengenai model terbaru ini. Selain itu, turut didedahkan bahawa pihak Sony juga merancang untuk memasang beberapa jenis teknologi permainan anti-used ke dalam konsol terbaru mereka ini. Konsol Orbis Playstation 4 ini turut dikatakan tidak serasi dengan model terdahulu iaitu PS2 dan PS3.

Wah, mesti beratur orang nak beli model terbaru Playstation 4 ini. Sudah sampai masa Sony buat sesuatu yang baru untuk model konsol Playstation 4 ini yang kali terakhir dikeluarkan iaitu Playstation 3 pada tahun 2007/08.



Sumber

{ 1 comments... read them below or add one }

Anonymous said...

1 tіme Nintendo, twice afraiԁ lmao ;-)
Also see my webpage > http://www.nintendo-iso.com/rumor-3Ds-available-nov-11-for-japan-q1-2011-for-europe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...