Pada minggu ini pihak Samsung telah meningkatkan ciri keselamatan pada aplikasi Android Face Unlock mereka. Ianya sebagai langkah kepada orang yang tidak diingini daripada mengakses telefon pintar dan data anda dengan menggunakan gambar.
Pada masa yang lepas, berlaku kemungkinan bagi ciri Face Unlock ini boleh ditipu melalui akses dengan hanya menggunakan gambar. Pihak Google turut mengakui dan menganggap bahawa ciri Face Unlock adalah lebih daripada gimik, bukannya satu ciri keselamatan biometrik yang baik. Namun begitu, pihak Samsung kini telah cuba untuk meningkatkan keselamatan ciri Face Unlock dengan menambah satu langkah tambahan yang memerlukan pemilik kini untuk berkelip di depan skrin Face Unlock untuk membuktikan mereka tidak menggunakan gambar. Oleh itu, sesiapa berfikir mengakses smartphone Android dengan hanya menggunakan gambar sekarang akan perlu menggunakan imej Gif animasi untuk mendapat akses sebaliknya.
Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment