5 Juta Unit Samsung Galaxy Note Terjual Di Seluruh Dunia

Posted by Wanabe PJ on Thursday, March 29, 2012



Pihak Samsung telah mengumumkan hari ini bahawa 5 juta telefon pintar model Samsung Galaxy Note keluaran mereka telah terjual di seluruh dunia. Model Samsung Galaxy Note ini telah dilancarkan pada bulan Oktober lalu, dan ia mengambil masa hanya 5 bulan oleh pihak Samsung untuk sampai ke tahap yang membanggakan ini sekaligus menjadikan ia antara model terlaris ketika ini.

Samsung Galaxy Note ini mempunyai paparan skrin 5.3 inci Super AMOLED Plus dengan resolusi 1280 x 800 piksel, Pemprosesan yang disediakan dan dijana oleh Dual Core Processor 1.4GHz, 1GB RAM, kamera 8 megapiksel yang boleh merakam video HD 1080p dan kamera 2 megapiksel di bahagian depan.

Samsung Galaxy Note ini didatangkan dengan sistem operasi Android 2.3 Gingerbread walaupun pihak Samsung akan mengeluarkan Android 4.0 Ice Cream Sandwich untuk Galaxy Note bulan depan.


Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...