Apple iOS 6 Bakal Diperkenalkan Pada Bulan Jun

Posted by Wanabe PJ on Saturday, March 24, 2012



Sistem operasi iPhone versi seterusnya iaitu iOS 6, dikhabarkan mungkin akan dikeluarkan pada bulan Jun ini dengan berlangsungnya WWDC yang secara amnya pengumuman besar daripada pihak Apple akan dibuat. Hal ini dapat dilihat di mana Pusat Moscone di San Francisco telah ditempah untuk "persidangan mesyuarat" tersebut pada 11 Jun.

Tahun lepas, pihak Apple telah memperkenalkan iOS 5, yang mempamerkan peningkatan besar untuk iPhone dan sistem iPad dari segi termasuklah iMessage, Newstand dan banyak lagi penambahbaikan. Namun apa yang menggembirakan mengenai edisi baru iOS 6 kali ini masih lagi tidak jelas. Ada juga kemungkinan bahawa iPhone 5 boleh dikeluarkan pada tarikh ini,tetapi ianya masih lagi hanya khabar angin.

So, marilah kita sama-sama nantikan pengumuman daripada pihak Apple itu nanti.



Sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...