Serangan Virus Ramnit

Posted by Wanabe PJ on Tuesday, January 31, 2012



Facebook telah
memaksa beribu-ribu pengguna untuk menetapkan semula kata laluan mereka untuk menghentikan penyebaran virus worm Ramnit yang telah merebak dan mensasarkan pengguna rangkaian sosial, terutamanya di UK dan Perancis.


Penyelidik keselamatan di Seculert mendapati bahawa sekitar 45 000 butiran log masuk telah dicuri oleh varian worm khas yang diubahsuai.

Firma rangkaian sosial berkata kebanyakan butiran yang dicuri telah tamat tempoh, tetapi semua pengguna yang terjejas akan dipaksa untuk menetapkan semula kata laluan mereka untuk meningkatkan mutu keselamatan, menurut The Telegraph.

Penyelidik Seculert turut memberi amaran bahawa penyerang belakang Ramnit boleh menggunakan butiran yang dicuri untuk log masuk ke akaun Facebook mangsa dan menghantar pautan berniat jahat kepada rakan-rakan mangsa sekaligus mempercepatkan penyebaran malware.

Mereka berkata penjenayah siber juga boleh mengambil kesempatan daripada pengguna yang menggunakan kata laluan yang sama dalam pelbagai perkhidmatan berasaskan web, seperti SSL VPN Korporat, untuk mendapat akses kepada rangkaian korporat yang jauh.

Facebook telah menasihati dan meminta semua pengguna untuk mengelakkan klik pada link yang aneh dan tidak berkenaan serta melaporkan aktiviti yang mencurigakan.



Sumber: computerweekly.com

{ 2 comments... read them below or add one }

Afasz said...

fuhhh...virus plak dah

✿INA AINAA✿ said...

huiiissshhh..takutnyew.... macam2 lah skunk ni... hurmm.. mekasih sebab sharekan

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...