Keputusan Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia 0 vs Syria 2

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, November 23, 2011



Aduh, kecewa sungguh bila tengok skuad Harimau Muda Malaysia kesayangan kita tumbang ditangan Syria 2-0 pada malam ni. Tapi apakan daya, skuad Harimau Muda kita da cuba beri aksi yang terbaik namun disebabkan faktor keletihan yang masih belum hilang lagi selepas memenangi pihak emas Sukan SEA di Indonesia kelmarin, skuad Harimau Muda kita mampu bertahan sehingga babak pertama saje. Apa2 pun tahniah buat skuad Harimau Muda kerana mampu memberi aksi dan tekanan kepada pasukan Syria yang ranking bola sepak nya lebih baik dari skuad Malaysia. Walaupun tewas kami rakyat Malaysia semua tetap menyokong anda. Harap skuad Harimau Muda kita bangkit selepas ni menentang Bahrain nanti. Malaysia Boleh!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...