Kelayakan Sukan Olimpik 2012 (LIVE): Malaysia vs Syria

Posted by Wanabe PJ on Wednesday, November 23, 2011


Tahniah sekali lagi diucapkan kepada skuad Harimau Muda kita yang berjaya mempertahankan pingat emas Sea Games untuk kali kedua berturut-turut selepas skuad senior menang 2 tahun lepas di Laos. Rasanya hingga hari ini orang kita masih belum reda bercerita pasal bola, kehebatan aksi skuad Harimau Muda kendalian coach Ong Kim Swee menewaskan Indonesia. Memang terbaek aku leh ckp. tabik spring untuk skuad Harimau Muda. Mental dan semangat korang memang kuat. Sampaikan stesen radio Indonesia iaitu Jak FM yg kalah betting ngan Hitz.fm terpaksa menyiarkan lagu Harimau Muda Selamanya selama 12 jam. Amik kau! Jangan main2 ngan skuad Malaysia sekarang. Hahaha..

Namun begitu, perjuangan skuad Harimau Muda akan diteruskan lagi pada malam ni menentang Syria untuk perlawanan bola sepak kelayakan Olimpik London 2012. Harap skuad Harimau Muda ni mampu mengharunginya dengan semangat juang yang tinggi dan tidak lalai dengan kejayaan yg lepas.

Info perlawanan akhir:

PERLAWANAN BOLA SEPAK KELAYAKAN OLIMPIK LONDON 2012
MALAYSIA VS SYRIA
23HB NOV 2011 JAM 8.45 MALAM

STADIUM BUKIT JALIL
LIVE DI ASTRO ARENA 801 DAN RTM2


*p/s: Ayuh sama2 kita menyokong dan berdoa utk kejayaan skuad bola sepak negara kita.
MALAYSIA BOLEH!!

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...